Hari ni kita berkenalan lebih dalam lagi dengan Mary Jardin Detox Clay Mask okay.
Detox Clay Mask ni adalah Masker tanah liat yang mainly dari Bentonite Clay & French Green Clay.
Sebelum cerita tentang ingredients.. Penting ke kena pakai mask ni?
Face Mask merupakan regim penjagaan kulit muka yang sihat secara mingguan .
Kita boleh menggunakannya seminggu sekali atau lebih bergantung kepada keadaan kulit masing-masing . Lelaki mahupun perempuan keduanya boleh mendapat manfaat dengan penggunaan masker.. Nak tahu kenapa ? Kenalah teruskan bacaan...
5 sebab kenapa anda perlu menggunakan Detox Clay Mask sekarang .
✨Relaksasi ✨
Face Mask bukan sekadar menawarkan penambahbaikan secara menyeluruh pada penampilan kulit anda, ia juga boleh jadi agen 'terapuitik senyap'.
Dengan menambah sedikit wangian dari pati minyak beraroma seperti Pudina ataupun air mawar (boleh juga letak Face Oil Mary Jardin yang wangi tuu ) boleh menaikkan semangat anda dengan rangsangan deria bau tersebut.
Menggunakan Face Mask boleh dianggap sebagai rawatan yang MEWAH , namun tak perlu berhabis ke spa mahal kerana anda boleh menikmatinya dirumah ! Yeay jimat !!
✨Pembersihan yang mendalam✨
Selain pembersihan harian yang kita lakukan dengan pencuci muka untuk menanggalkan habuk ,minyak,makeup dan kotoran dari permukaan kulit, adakah anda tahu Face Mask menaikkan lagi level perbersihan kulit muka ?
Hanya Facial Mask yang baik akan membantu menarik keluar kotoran yang tersumbat disebalik lapisan atas epidermis kulit kita.
Bak kata doktor Maryam Founder Mary Jardin, Detox Clay Mask ni macam CLOROX untuk Detoks kulit muka.
Perubahan pada liang pori dapat dilihat dan dirasa selepas penggunaan kali pertama !
Siapa nak macam tu ?
✨Membersihkan pori tersumbat✨
Memakai Mask yang mengandungi Bentonite Clay membantu untuk membuang kotoran dan menyerap minyak berlebihan.
Ia juga membantu untuk membuang sel kulit mati yang terkumpul dipermukaan kulit serta membersihkan pori yang tersumbat !
Punca utama jerawat senang nak tumbuh bila pori kita tersumbat yang mana ianya menjadi habitat bakteria bermaharajalela...
Ouchhh..
Jadi dengan menggunakan Mask kulit akan lebih bersih dan tiada pori tersumbat.
Inilah SEBAB UTAMA kenapa anda perlu mula menggunakan Detox Clay Mask !
✨Muka lebih berseri ✨
Penggunakan Masker akan bantu merangsang aliran darah.
Bermula dari proses menyapu Masker dengan urutan lembut dimuka,pengeringan mask,Mask hampir keras dan termasuklah proses nak mananggalkan Mask menyebabkan perkembangan saluran darah diwajah.
Hal inilah yang memberi efek secara menyeluruh pada tona kulit.
Anda akan dapat kesan kulit lebih lembut dan licin serta akan kelihatan lebih berseri dan segar selepas pemakaian mask
✨Membantu penjagaan kulit wajah secara holistik✨
Masker sebenarnya membantu produk penjagaan kulit muka yang lain bertindak lebih efektif .
Kalau anda mahu serum/face oil atau apa-apa produk yang anda gunakan menyerap ke kulit dengan lebih cepat dan mendalam anda MESTI ada Face Mask.
Dengan penggunaan Detox Clay Mask dengan kerap anda akan dapati toner/pelembap/krim dan produk penjagaan lainnya akan bertindak dengan lebih baik dan semestinya kesan yang anda inginkan akan tercapai dalam tempoh yang lebih pantas.
...
best kan?
No comments:
Post a Comment