Monday, 9 January 2017

OIL CLEANSING METHOD

When I was doing some research on this topic, I found quite a number of write up on it in English. However, I want to write my article in Malay for my dear Malay reader and for my own satisfaction. I love challenges! Since I cannot find the right words for the first part of this article, I only continue in Malay later on. Okay, let's start.

This is not rocket science. But, it involves a bit of science. Chemistry to be exact.


First, what is Oil Cleansing Method (OCM)?
It is a way of cleaning your face using oil. yes, you hear me right - OIL. But, it is not simply any oil. you have to use the right concoction to do the job. Or else, you will end up with slick and slippery face all day long.

Why OCM?
Let's justify OCM. In basic chemistry, 'like dissolves like'. Therefore, oil will dissolve oil. That's the principle of OCM. Since our skin is producing its own oil called sebum, we use oil to pull it out of the pores thus cleaning our skin.

Kulit kita secara semulajadinya menghasilkan sebum sebagai perlindungan daripada kekeringan dan keradangan (inflammation). Walau bagaimanapun, penghasilan sebum berlebihan akan menyebabkan kulit berminyak dan kelihatan kusam. Sebum yang berlebihan juga menyebabkan kekotoran seperti debu, sisa mekap dan bakteria dari persekitaran terperangkap di dalam pori. Lalu, terjadilah whitehead, blackhead dan jerawat!

Berpandukan prinsip oil dissolves oil, OCM adalah salah satu cara terbaik membersihkan pori tanpa menyebabkan kekeringan kulit dan inflamasi. Jangan risau dengan namanya yang gempak, OCM sebenarnya sangat mudah dilakukan sendiri di rumah. Apa yang kita perlu cuma face oil yang sesuai (saya gunakan Mary Jardin face oil), air suam dan kapas muka/tuala muka (saya paling suka Mary Jardin microfiber towel yang lembut & anti-bakteria).

Cara melakukan Oil Cleansing Method:
1. Ambil 3-5 titik face oil Mary Jardin dan urutkan dengan lembut ke seluruh wajah. Lembut-lembut saja tau, tak perlu nak sental-sental.
2. Celupkan tuala muka ke dalam air panas suam dan perahkan.
3. Tekap tuala ke seluruh muka untuk beberapa saat dan kemudian lap. 
4. Ulang langkah 3 untuk dua atau tiga kali. 
5. Boleh ulang mulai langkah 1 sekali lagi jika mahu. Saya cuma buat 1 round saja sebab memang tak pakai mekap tebal. so, nothing much to get rid off. 

Tadaa! Itu saja. Muka anda dah bersih tanpa rasa terik, kering atau tegang. Rasa lembut, lembap, halus... yang penting, pori-pori rasa segar tanpa rasa sesak lagi!

Pengalaman saya dengan OCM memang best sampai rasa tak sabar nak kongsikan dengan semua orang. Saya memiliki kulit jenis kombinasi yang sensitif dan mudah dihinggapi jerawat dengan pori terbuka di bahagian pipi. Dengan OCM, kulit saya rasa lebih lembap, tanpa rasa terik dan yang paling best pori-pori nampak lebih kecil. Yeay!!

untuk sesiapa yang nak cuba OCM tapi rasa skeptikal sangat-sangat, saya cadangkan guna teknik double cleansing combine dengan OCM dahulu. Lepas tu mesti terus jatuh hati dengan OCM.

Tapi awas!!! Jangan guna sebarang minyak tau. Gunakan face oil yang sesuai, not simply your baby oil in the closet!

Xoxo,
Azizah Wondermom

Saturday, 7 January 2017

DISABOTAJ TUALA & SARUNG BANTAL

DISABOTAJ TUALA & SARUNG BANTAL
Okay, ini bukan breaking news atau pembongkaran kes rasuah. Ni saya nak cerita pasal kisah yang ramai orang terlupakan.
Lupa ke? Tak tau ke? Tapi saya panggil 'terlupakan'. Sebelum saya bagitau sebab apa... Cuba jawab ni.. 
Bila last kita tukar sarung bantal?
Bila last kita cuci tuala muka?
Haaa.. TUALA MUKA? Typo kot..
Tuala mandi adalaa..
Itulah masalahnya. Rasanya dah cuci muka betul dah.. pakai produk yg katanya non-comedogenic.. tapi selalu kena hinggap jerawat. Kenapa ek?
Sarung bantal kena tukar selalu walaupun nampak masih bersih tanpa air liur basi.. sebab masa tidur, sel2 kulit mati dan sebum melekat pada sarung bantal. Tak guna cuci muka sebelum tidur pastu pergi baring kat bantal kotor.
Tuala ni pun satu hal. Korang perasan tak kat hotel2 diorg biasa sediakan tuala mandi dan tuala muka asing2. Tu bukan semata-mata GAYA tau. Tu tanda diorg particular & prihatin..
Sama macam sarung bantal tadi. Tuala tu kalau dah buat lap satu badan (termasuk rambut, ketiak, kaki) memang la memerangkap banyak kotoran halus.. pastu kalau tenyeh kat muka pulak apa jadi?
Muka dah cuci bersih dengan sabun susu kambing, siap berdetox mask lagi.. pakai pulak face oil wangi2... Tiba2 dispoilkan oleh tuala dan sarung bantal. Sabotaj betul!
Okay, tu je sebenarnya nak bgtau jagalah kebersihan.. hopefully dapat selesaikan misteri jerawat sesetengah org..
So, pasni asingkan tuala muka ye. Pakaila tuala apa pun. Tuala good morning pun ok. Kalau nak yg terbaik pakaila tuala mikrofiber. Dahlah lembut gebu, tolong tarik kotoran dari kulit muka pulak tu. Nanti everytime lepas cuci muka pun akan terkagum dgn kulit sendiri. Eh?

Mary Jardin pun ada keluarkan tuala microfiber sendiri untuk MaryJardian tersayang. Serius lembut gebu rasa bila pedap2 kat muka. Tambah pula guna lepas pakai facial soap bau lavender. Hmm nyaman je rasa.

Thursday, 5 January 2017

MJ Microfiber Towel

Apa istimewanya Microfiber towel (tuala mikro serat) Mary Jardin ni? Apa yang Microfibre Towel ni boleh bantu anda untuk menjaga kulit muka?
.
First of all Microfibre ni halus sangat tau. Saiz dia adalah 1 / 100 diameter rambut manusia dan 1/20 diameter sehelai sutera ~ sumber Wikipedia
.
Tuala dengan fabrik yang berserat kecil ni mempunyai kemampuan luar biasa untuk menyerap minyak dan kotoran sambil mengurangkan bakteria sehingga 99% .
.
Kain ni jugak bercas positif ,so ruang yang terbuka pada permukaannya mampu membuatkan kotoran bercaj negatif tertarik seperti magnet.
.
Paling best Ianya tidak kasar dan lembut pada semua permukaan.sebab tu sesuai pakai untuk muka ๐Ÿ˜Š
~~keistimewaan lain Microfibre towel ni untuk skincare :
+ Bagus untuk cuci muka secara efektif dari segala kotoran
+ Bantu menanggalkan Make Up dengan cepat
+ Bantu proses pengelupasan yang lembut untuk membuang sel kulit mati
+ Mengurangkan garis halus dan kedutan
+ Mengurangkan jerawat,Blackhead dan whitehead
+ Meminimumkan parut
+ Membersihkan pori yang tersumbat dengan kotoran dan bakteria

Semuanya tanpa mengganggu tahap pH kulit !
Wow! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

CARA PENJAGAAN MICROFIBER TOWEL:
๐ŸŒŸMesin basuh atau handwash
๐ŸŒŸDengan SABUN SAHAJA
๐ŸŒŸPada SUHU RENDAH atau SUHU BIASA. Suhu yang tinggi literally akan cairkan gentian. 
๐ŸŒŸJANGAN guna pelembut kain dan peluntur kerana ia menghapuskan caj elektrik yang membuat microfiber berkesan.

Paling penting!
Asingkan tuala mandi dengan tuala muka tau. Takkan nak campur aduk aje kan? Kan?

Harga: RM20 (PWP only)

Wednesday, 4 January 2017

MJ production house

Mary Jardin mula terhasil di dapur rumah pengasasnya, Dr Maryam al-Batul Azizuddin. Di situlah beliau bereksperimen dan mencari formulasi terbaik untuk menghasilkan produk Mary Jardin. Semuanya dipilih daripada yang terbaik untuk menghasilkan yang terbaik kerana beliau mahu memberi nilai yang paling baik kepada pencinta Mary Jardin.

Kini produk Mary Jardin dihasilakan di headquarters Mary Jardin di Alor Janggus, Alor Setar untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Mary Jardin juga telah menandatangani kontrak bernilai setengah juta ringgit Malaysia untuk pembinaan kilang sendiri yang bertaraf GMP.

Jom cuci mata tengok gambar-gambar di HQ Mary Jardin.



TESTIMONI SABUN MARY JARDIN




Monday, 2 January 2017

DETOX CLAY MASK

Hari ni kita berkenalan lebih dalam lagi dengan Mary Jardin Detox Clay Mask okay.

Detox Clay Mask ni adalah Masker tanah liat yang mainly dari Bentonite Clay & French Green Clay.
Sebelum cerita tentang ingredients.. Penting ke kena pakai mask ni?

Face Mask merupakan regim penjagaan kulit muka yang sihat secara mingguan .
Kita boleh menggunakannya seminggu sekali atau lebih bergantung kepada keadaan kulit masing-masing . Lelaki mahupun perempuan keduanya boleh mendapat manfaat dengan penggunaan masker.. Nak tahu kenapa ? Kenalah teruskan bacaan...
 
5 sebab kenapa anda perlu menggunakan Detox Clay Mask sekarang .

✨Relaksasi ✨
Face Mask bukan sekadar menawarkan penambahbaikan secara menyeluruh pada penampilan kulit anda, ia juga boleh jadi agen 'terapuitik senyap'.
Dengan menambah sedikit wangian dari pati minyak beraroma seperti Pudina ataupun air mawar (boleh juga letak Face Oil Mary Jardin yang wangi tuu ) boleh menaikkan semangat anda dengan rangsangan deria bau tersebut.
Menggunakan Face Mask boleh dianggap sebagai rawatan yang MEWAH , namun tak perlu berhabis ke spa mahal kerana anda boleh menikmatinya dirumah ! Yeay jimat !!

✨Pembersihan yang mendalam✨
Selain pembersihan harian yang kita lakukan dengan pencuci muka untuk menanggalkan habuk ,minyak,makeup dan kotoran dari permukaan kulit, adakah anda tahu Face Mask menaikkan lagi level perbersihan kulit muka ?
Hanya Facial Mask yang baik akan membantu menarik keluar kotoran yang tersumbat disebalik lapisan atas epidermis kulit kita.
Bak kata doktor Maryam Founder Mary Jardin, Detox Clay Mask ni macam CLOROX untuk Detoks kulit muka.
Perubahan pada liang pori dapat dilihat dan dirasa selepas penggunaan kali pertama !
Siapa nak macam tu ?

✨Membersihkan pori tersumbat✨
Memakai Mask yang mengandungi Bentonite Clay membantu untuk membuang kotoran dan menyerap minyak berlebihan.
Ia juga membantu untuk membuang sel kulit mati yang terkumpul dipermukaan kulit serta membersihkan pori yang tersumbat !
Punca utama jerawat senang nak tumbuh bila pori kita tersumbat yang mana ianya menjadi habitat bakteria bermaharajalela...
Ouchhh..
Jadi dengan menggunakan Mask kulit akan lebih bersih dan tiada pori tersumbat.
Inilah SEBAB UTAMA kenapa anda perlu mula menggunakan Detox Clay Mask !

✨Muka lebih berseri ✨
Penggunakan Masker akan bantu merangsang aliran darah.
Bermula dari proses menyapu Masker dengan urutan lembut dimuka,pengeringan mask,Mask hampir keras dan termasuklah proses nak mananggalkan Mask menyebabkan perkembangan saluran darah diwajah.
Hal inilah yang memberi efek secara menyeluruh pada tona kulit.
Anda akan dapat kesan kulit lebih lembut dan licin serta akan kelihatan lebih berseri dan segar selepas pemakaian mask 
✨Membantu penjagaan kulit wajah secara holistik✨
Masker sebenarnya membantu produk penjagaan kulit muka yang lain bertindak lebih efektif .
Kalau anda mahu serum/face oil atau apa-apa produk yang anda gunakan menyerap ke kulit dengan lebih cepat dan mendalam anda MESTI ada Face Mask.

Dengan penggunaan Detox Clay Mask dengan kerap anda akan dapati toner/pelembap/krim dan produk penjagaan lainnya akan bertindak dengan lebih baik dan semestinya kesan yang anda inginkan akan tercapai dalam tempoh yang lebih pantas.
...
best kan?